Bengkel Tajwid Al Baghdadi yang dikendalikan oleh Ust Qr Hj Jalaluddin Hj Hassanddin, dihadiri oleh 35 orang peserta dari kalangan pengusaha, guru Al Baghdadi dan orang awam.
Bengkel ini adalah bengkel pengenalan kepada prinsip-prinsip asas dalam Ilmu Tajwid. Pengenalan kepada prinsip asas tajwid ini sangat penting yang perlu dikuasai oleh guru dan diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja belajar.
