Mahirkan bacaan Al Fatihah dan Al Mulk

Talaqqi Khas Al Fatihah dan Al Mulk telah dijalankan di Dewan Greenwave pada Sabtu, 27 Oktober 2018 lalu. Akademi Al Baghdadi komited menjalankan program ilmiah bagi membantu masyarakat khususnya mengenai ilmu Al Quran. Seramai 19 orang peserta telah berjaya menjalani program sanad Al Fatihah dan Al Mulk. Para peserta mempelajari bacaan Al Quran secara individu dan beramai-ramai sepanjang setengah hari tempoh berprogram. 

© Copyright 2017 AKADEMI AL BAGHDADI | Powered By Al Baghdadi Communication Sdn. Bhd.