Pengambilan SAPQ Sesi Jan 2019

(Dengarkan rakaman audio di atas)

Akademi Al Baghdadi telah membuka pengambilan pelajar bagi mengikuti program persijilan Sijil Asas Perguruan Al Quran Sesi Januari 2019. Baru-baru ini keudara di dalam rancangan tajaan Al Baghdadi Group di Radio IKIM, salah seorang pengusaha rangkaian tadika APC Bandar Jengka Pahang, Hajjah Sopiah Jamin serta gurunya berkongsi pengalaman menjadi pelajar SAPQ satu ketika dahulu.

Sebagai salah seorang pesara kakitangan kerajaan, Hajjah Sopiah pernah bertugas sebagai Pendaftar Kanan  di UITM Bandar Jengka Pahang. Beliau menceburkan diri dengan membuka tadika APC di salah sebuah rumah miliknya. Beliau serta guru tadikanya mengambil peluang mengikuti SAPQ di Gombak bagi mendapatkan ilmu pengetahuan Al Quran sebagai persediaan menjadi guru Al Quran yang bertauliah dan memiliki ilmu asas berkaitan dengan Al Quran.

Kini beliau menarik nafas lega kerana telah berjaya menamatkan pengajian SAPQ dengan jayanya. Tegas beliau, tanpa mengikuti program seperti SAPQ, pastinya hajah Sopiah tidak merasa yakin untuk terlibat di dalam bidang pendidikan Al Quran.

© Copyright 2017 AKADEMI AL BAGHDADI | Powered By Al Baghdadi Communication Sdn. Bhd.