SIJIL ASAS PERGURUAN AL QURAN

PENGAMBILAN JANUARI 2023

SAPQ SEM 1 JAN 2023

Pengambilan pelajar baru telah dibuka bagi mengikuti Program  Sijil Asas Perguruan Al Quran (SAPQ) pengambilan JANUARI 2023.  SAPQ terdiri dari 8 buah modul pembelajaran dan terbahagi kepada 4 buah modul untuk setiap semester pembelajaran. Dijalankan secara dalam talian bagi memberi peluang lebih ramai umat Islam memperlajari ilmu-ilmu asas Al Quran.

Courses in this category:

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkenaan ulum al-Quran dari sudut pengertian, falsafah dan peranannya. Selain itu, pelajar akan dapat membezakan antara ayat-ayat makkiyah dan madaniyyah serta menghuraikan sejarah perkembangan ulum Quran dan pengumpulan al-Quran.

  • 0

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek kemahiran asas ilmu tajwid. Objektif kursus ini adalah untuk membekalkan pelajar perkara asas dalam ilmu tajwid yang wajib diketahui dalam pembacaan dan pengajaran al-Quran. Di antara topik-topik yang dipelajari menerusi kursus ini adalah pengantar ilmu tajwid, pengenalan kepada riwayat Hafs daripada Imam ‘Asim, al-Isti’azah dan Basmalah, hukum nun dan mim sakinah, hukum mad dan idgham. Kursus ini disampaikan secara kuliah yang disampaikan oleh tenaga pengajar berkemahiran dalam menerangkan aspek teori berkaitan ilmu tajwid.

  • 0

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkenaan ilmu bertarannum dari sudut pengertian, falsafah dan peranannya dalam pembacaan al-Quran. Selain itu, pandangan-pandangan ulama berkaitan hukum-hukum yang melibatkan ilmu tarannum turut diterangkan secara menyeluruh. Objektif utama kursus ini ialah memberikan pendedahan kepada pelajar tentang latar belakang bagi setiap tarannum, peranannya dan sifat-sifat yang terdapat padanya.

  • 0

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar berkaitan ilmu al-Qira’at dari segi definisi, sejarah dan praktikal. Penjelasan mengenai perkembangan al-Qira’at bermula penurunan al-Quran dengan tujuh huruf akan memberikan gambaran kepada pelajar mengenai sejarah kemunculan ilmu al-Qira’at dan secara tidak langsung menolak Syubhah yang diberikan oleh musuh-musuh Islam dalam isu ini.

  • 0

Hubungi Kami

13 & 13A Suite Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

  • dummy+60 (3) 6127 0712 

  • dummy+60 (10) 336 4427

  • dummy akademialbaghdadi@gmail.com

Subscribe

Please publish modules in offcanvas position.