Kphoto 2024 01 31 09 18 26

29 JANUARI 2024- Al Baghdadi Academy membuat kunjung hormat ke UCYP University. Kunjungan Hormat kami diketuai oleh YBrs Puan Nur Sabrah binti Lokman Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Baghdadi Academy Sdn Bhd, turut hadir dari Pihak UCYP University, YBhg. Prof. Madya Dr. Norasiha binti Hamid iaitu Timbalan Naib Canselor, Pemajuan Akademik & Kualiti, UCYP University serta YBrs Puan Farah Adiba binti Kamaruddin, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Umum.Kunjung hormat ini diliputi dengan perbincangan aktiviti yang akan dijalankan selepas menandatangani MoU pada September 2023 yang lalu.

Keesokan harinya, kami adakan perbincangan dengan pengusaha Taska Al Baghdadi yang beroperasi di Bandar Kuantan iaitu Pn Norrimas serta salah seorang Jurulatih Sijil Asas Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Pn Rosnah Ahmad.
 
Semoga usaha murni ini akan berkekalan serta mencapai objektif yang disasarkan.
 

photo 1 2024 02 05 10 24 01

photo 4 2024 02 05 10 24 01

photo 2024 01 29 17 15 14

photo 2 2024 02 05 10 24 01

 
 

WhatsApp Image 2023 12 29 at 3.23.57 PM        

29 Disember 2023- Mesyuarat kerjasama & Sesi Taaruf bersama Dr Rafidah Kastawi, Kaunselor Berdaftar untuk program Pensijilan Profesional Terapi Nurani R-E-S-T Aplikasi Seni Ekspresif yang bertempat di Klinik Dr Rafidah Kastawi, Sri Rampai.

Mesyuarat dimulai dengan sesi taaruf antara kedua-dua belah pihak. Puan Nur Sabrah, CEO Al Baghdadi Academy Sdn Bhd telah menerangkan perancangan serta maklumat yang berkaitan secara terperinci dan Dr Rafidah Kastawi telah berpuas hati dan bersetuju untuk bekerjasama dengan Al Baghdadi Academy bagi perlaksanaan program ini.

Insya'Allah program pensijilan ini akan dijadualkan akan berjalan pada Februari 2024 secara bersemuka. Semoga apa yang dirancang, dipermudahkan olehNya. Amiin Ya Rabb

WhatsApp Image 2023 12 29 at 12.04.16 PM

WhatsApp Image 2023 12 29 at 12.03.49 PM

414156241 798675228938656 3045836379246490321 n




WhatsApp Image 2024 01 19 at 16.37.53

 

20 Januari 2024 - Sabtu yang lepas, telah bermula kelas online pertama bagi kohort 1 sesi Januari 2024 untuk Sijil Asas Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Ini merupakan kali pertama Al Baghdadi Academy menjalankan program pensijilan untuk pendidikan awal kanak-kanak ini dan akan menjadi program pensijilan tahunan Al Baghdadi Academy Sdn Bhd.

Objektif utama program pensijilan ini adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan yang mendalam dan kemahiran profesional yang baik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, melahirkan guru/pendidik yang mampu mengajar dan mengurus pembelajaran dengan sikap yang positif serta berkebolehan mengajar menggunakan bahasa sejajar dengan keperluan semasa.

Oleh itu, diharapkan dengan menyertai program pensijilan ini dapat melahirkan guru-guru serta pendidik yang menguasai pelbagai teknik dalam proses mengajar kanak-kanak seawal usia. Selain itu, mampu menjalankan tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap kebaikan kanak-kanak. Akhir kata, selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program ini.

WhatsApp Image 2024 01 24 at 15.24.45

WhatsApp Image 2024 01 24 at 15.24.46

WhatsApp Image 2024 01 31 at 14.50.15 4a867ed4

 

27 Januari 2024 - Sesi taklimat ringkas sebelum bermulanya kelas pertama Sijil Asas Perguruan Al-Quran pada 3 Februari 2024. Taklimat ini diadakan bagi mempersiapkan para pelajar supaya lebih memahami tentang sijil yang mereka sertai ini.

Taklimat ini merangkumi sejarah-sejarah awal penubuhan sijil ini, fokus-fokus utama serta panduan untuk para pelajar dari segi perjalanan kelas dari awal sehinggalah tamat. Sijil ini dijalankan secara online dengan kekerapan kelas 2 kali dalam sebulan.

Semoga para pelajar terus bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk belajar walau dimana sahaja mereka berada dan dalam apa jua cabaran yang menduga. Kami sentiasa mendoakan semoga usaha pelajar dipermudahkan, InsyaAllah ðŸŒ¹

AAB2023

13 & 13A Suite Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

  • dummy+60 (19) 2345 145 

  • dummy+60 (10) 336 4427

  • dummy akademialbaghdadi@gmail.com

Pengunjung

Malaysia 91.9% Malaysia
United States 2.9% United States
Singapore 2.3% Singapore

Total:

90

Countries
0269864
Today: 21
This Week: 176
This Month: 723