Image

Tentang Kami

     Al Baghdadi Academy merupakan cabang baru di bawah Kumpulan Al Baghdadi yang ditubuhkan pada 1 September 2023 dan diasaskan oleh Ustaz Qr. Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin, Pengasas Al Baghdadi dan diuruskan sepenuhnya oleh Pn Nur Sabrah Binti Hj Lokman, Ketua Pegawai Eksekutif.

     Al Baghdadi Academy merupakan sebuah institusi yang menawarkan pelbagai program perlatihan dari seawal usia sehingga kepada guru-guru, ibubapa, pelajar-pelajar dan sesiapa Sahaja yang berminat
di seluruh Malaysia secara bersemuka dan atas talian.

     Al Baghdadi Academy juga menyediakan pelbagai produk untuk pembelajaran seperti buku-buku rujukan, panduan guru, buku kanak-kanak dan bahan-bahan pembelajaran. Dua program utama Al Baghdadi Academy ialah Sijil Asas Perguruan Al Quran (SAPQ) dan Sijil Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SAPAKK).

     Sijil Asas Penguruan Al Quran (SAPQ) adalah program pertama kali yang diperkenalkan di Malaysia bagi memenuhi guru Al Quran di pusat pembelajaran Al Quran yang semakin bertambah di seluruh negeri dari
masa ke semasa.

     Sijil Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SAPAKK) pula adalah program yang dibangunkan untuk guru/pendidik atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembelajaran kanak-kanak bagi mengetahui pendidik asas dalam perkembangan awal kanak-kanak. Ianya bertujuan untuk melahirkan guru/pendidik yang mampu mengajar dan mengurus pembelajaran yang ditawarkan dengan sikap yang positif, penyayang dan empati terhadap kanak-kanak.

Image

VISI

Menjadi peneraju perlatihan Pendidikan yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah yang pertama di Malaysia.

MISI

Membangunkan sebuah institusi latihan pendidikan yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah.

Melahirkan guru/pendidik yang kompeten dan professional dan cintakan ilmu.

Memartabatkan guru/pendidik bagi melahirkan generasi yang genius akademik dan Al Quran.

OBJEKTIF

Membangunkan sebuah institusi latihan pendidikan yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah.

Menawarkan program perlatihan yang komprehensif kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam dan luar negara.

Meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan tuntutan pembelajaran abad ke 21 serta pembelajaran sepanjang hayat.

Barisan Pengerak Utama

Image

Qr Hj Jalaluddin Bin Hj Hassanuddin

Pengasas Teknik Al Baghdadi

Berkelulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Al-Quran, Universiti of Saddam Baghdad. Pernah menjadi pensyarah sebuah kolej swasta selama 2 tahun dan sebagai pegawai penyelidik syarikat penerbitan selama 5 tahun. Merupakan pengasas Program Pendidikan Al Quran Al Baghdadi yang inovatif serta menubuhkan Al Baghdadi Group Sdn Bhd dan kini memiliki 12 buah syarikat Sdn Bhd.

Puan Nur Sabrah Binti Lokman

Chief Executive Officer Al Baghdadi Academy Sdn Bhd

Berkelulusan Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Malaya. Berkhidmat lebih 20 tahun dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mendapat pengiktirafan sebagai Jurulatih Permata Negara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dari 2012.

Image

AAB2023

13 & 13A Suite Persiaran 3, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

  • dummy+60 (19) 2345 145 

  • dummy+60 (10) 336 4427

  • dummy akademialbaghdadi@gmail.com

Pengunjung

Malaysia 91.9% Malaysia
United States 2.9% United States
Singapore 2.3% Singapore

Total:

90

Countries
0269863
Today: 20
This Week: 175
This Month: 722